The Ring that Binds

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

#27 : SURPRISE!!!!!!!!!

Ape la yang SURPRISE sangat tu ek???


Al-kisahnya tadi, mase drive kete nak balik Tebong from Mydin MITC, Mr AS tibe2 sms

"Cbe tengok bawah buku u.."

Izzy dah terpinga- pinga.. apesal mamat ni tibe2 je.. takde angin takde ribut suruh tengok bawah buku, dah la tengah drive. yang tak laratnya, Mr. AS dok drive kete dia depan izzy sebab kitorang balik dari amik kete dia from bengkel EON Peringgit. kirenye macam konvoi la. dia depan, izzy kat belakang..

okeh sambung citer balik. izzy pun fikir la, camne nak amik? buku- buku tu kat seat belakang. macam pelik je tengah drive kena tengok something. gelap plak tu. sebab malam kan. tapi sempat lagi izzy fikir mengarut. what if bukan Mr. AS yang anta.. hati dah berdebar.. huhu =P

without hesitation, i called him. tanya macam- macam. first question "u ade anta sms tak?" hehe.. seb baik dia jawab ye.. kalau dia jawab tak, memang pengsan on the spot kot. hahahaha. dasyat betul imaginasi.

then he explained, rupenye buku yang dimaksudkan tu ada kat sebelah seat izzy. kat seat co-driver. hadehhh, how could i forget there was a book next to me.. sabau je lah..

then, izzy hulur tangan kat bawah buku tu and to my surprise........................................................................

i touched this......



 

mase tu tak nampak lagi. after hang up the phone, i bukak n try nak baca. tapi hampeh la kan sebab tengah drive at the same time (sila jangan ikut perbuatan ini!! =P) tapi seriously, memang izzy menjerit (excited). bila masa dia hijacked my car and put the envelope under the book pun tak tau lahhh. pikir punya pikir memang tak jumpa jawapan. hahaha. pandai betul u ek?


sangat tak sabar nak sampai rumah and read what he wrote.. hehe. tapi yang penting, once again, dia berjaya made me surprise and felt so loved (kuang kuang kuang - public declaration) =P

well, i do love surprises sebabnya i have a strong sixth sense. gerak hati izzy, instinct memang kuat. so, kalau orang nak buat surprise tu memang susah la, sebab leh agak awal- awal. tapi, this time memang tak tahu langsung.. hahahaha.. tu yang best tu.. and memang made me smile like a crazy old lady sampai ke rumah (and up to this moment) =D

isi surat tu?

sorry, it's just between him and I. hehehe..

walaupun it's just a plain letter - maybe for someone else - but for it's so special. sebab zaman sekarang ni jarang dah orang nak dapat surat from loved one sebabnya teknologi dah sangat canggih. so, bila dapat macam ni, macam kera dapat bunga, in seventh heaven.hahahaha..

macam mane la perasaan bila dapat rantai emas plak kan, Mr. AS???? hahaha, demand much..=P

ok la, gotta go. ngantuk dah. esok nak g family day sekolah plak. toodles.

Love,

#26 : Takwim Persekolahan 2013

Mr. AS, can I pick our date?? pretty please!!

=P


Love, 

 

#25 : 17 Steps to HAPPINESS


#24: Projek DIY. Inshaallah...


Ni bahana terlalu syok tengok blog B2B.. Hehe.. Seronok tengok diorng banyak buat DIY untuk barang- barang perkahwinan. Kalau kreatif and bnyak masa, a bride tu can do almost everything on their own. Sangat hebat kan? Yelah, sebab sume perempuan mengimpikan hari bahagia yang sempurna + save budget. Hehe.. including me.

So, since the school holiday is approaching, Izzy pun plan nk buat few things jugak. Plan je, execution tak tahu lagi. Tapi no harm done if we plan kan? Lagipun, plan awal2 takde la haru sangat bila dh dekat majlis. So, this is the list of things yang izzy plan nk buat sendiri and maybe with the help of more creative person. =)


  • Guestbook ~ yang ni memang sangat teruja nk buat and will try to make it different dari biasa. Dah ada few ideas, cume nk finalize and execute je.Good luck to me!! 


  • Hand bouquet ~ nak try2 buat and godek2 orang punya tutorial how to do. Tp macam berkenan plak ngan handbouquet yang gune kain. Yelah, skrg kan popular ngan cloth flowers. Err, mcam kat bawah ni =) cantik kan?   



  • Doorgift ~ banyak pilihan sebenarnye. Tengah senaraikan ape possible things yang nak letak dalam tu.

  • Gubahan hantaran– yang ni mngkin mencabar untuk orang yang tak creative mcm Izzy ni. Tapi sekarang dah ade banyak tutorial so mungkin boleh consider. Dah boleh buat slow2 sebab barang almost dah ade except makanan and quran/buku agama.



  • Hiasan bilik pengantin – yang ni pun mcm nk ade personal touch jugak. =) tapi of course la tak buat sekarang. hehe.



  • Bunga telur – tak tahu camne nak buat tapi boleh belajar dengan guard skolah ni (dia sama umur and super duper creative) =)

Note that, tak de semua benda ni nak buat sekarang, mungkin ade a few je.. sambil2 bosan tak buat ape- ape cuti panjang ni, baik la prepare sikit- sikit. =)


For now, nk kena g cari bahan2 utk buat sume ni =) and buat!!! Will always write here for progress.




Love,
Miss Izzy

#23: Putus asa???

Peringatan: Entry kali ni, entry yang penuh emosi. Sangat bahaya kepada orang yang otak-otak kecik dan mudah bengang dengan rungutan orang =P opsssss!!!! 


Setelah sekian lama, semalam memang sempat sangat catch up dengan diri sendiri (hahaha, cmne tu? macam sebelum ni, berpisah dari badan je =P). maksudnye, i had my own sweet time. kalau tak, busy memanjang, sampai nak lipat baju, kemas katil pun kena cari mase terluang (huh, sudahla kau! cari masa terluang ke cari mood???) okay fine!! to be honest, nak cari mood. al-maklum la mood sudah lama lari ke laut.. hehe

oleh sebab itu, semalam berjaya post 2 entries. yahoooo!!!!!! (a great success, in this condition). so semalam juga, sempat la nak berbloghopping. bace2 blog B2B. seronok baca blog orang yang tengah prepare for their big day. macam- macam pengalaman. jealousnye la hai, sebab they already know when is the exact date. unlike us. tergantung macam tu je. sedih pun ade jugak. err, honestly memang sedih la. izzy sangat takut kalau kitaorang kena bertunang lama- lama. 2 days ago, ade la tanya ma dah ade tarikh belum, ma jawab, xde lagi.. izzy sangat2 hope it will be next year. seriously, bukan sebab desperate tapi sebab tak mau orang melanjutkan lagi citer2 mengarut pasal kitorang. yelah, dalam fasa bertunang ni, i really admit, sangat banyak cabaran dan dugaan. tambahan pulak, encik tunang dok sorang- sorang kat sebelah rumah, lagi la panjang cerita orang. T_T and i'm using his house compound for my extra English classes every weekend. plus the porch for my Mr. Khalid tersayang. hmmmm. So, kalau tak de cerita pun, orang akan reka- reka, seperti yang we had gone through before.


I used to ask Mr. AS untuk putus tunang sebab tak nak kena dugaan tunang yang teruk- teruk lagi, but, as a guy, he's wiser and less emotional. He successfully naturalized my feeling. tapi mase feeling tengah down, memang terasa la.. i can foresee that if our wedding is not during July next year, it will definitely be in 2014.. Izzy tak mau tunggu lama- lama seriously. dari Ogos 2012 (tarikh tunang) sampai 2014, it will be a very long journey for our relationship. orang lain mungkin boleh tunggu lama-lama and i memang respect they all sebab berjaya harungi sume ups and downs without going over the boundaries (i know you all know what i mean) =) ... but, maybe not for me. call be purba/kuno or whatever, i hate relationship yang hanging..(hahaha, terasa poyoss =P) lagipun, memang Islamic teaching tak galakkan bertunang lama- lama. hmmmm

well, kenapa izzy kata macam tu? two of my younger siblings are in Korea and UK at the mo, pursuing their studies. they already warned ma not to do the kenduri masa they all kat sana. means kena tunggu both balik.
hadeh, nangis rase memikirkan hal ni. mane tak nya, adik yang kat UK akan grad bulan 8 nanti and both parents akan fly ke sana for his convocation ceremony. kalau buat bulan 6, confirm2 dia tak leh balik sebab tengah exam lagi. then, lepas tu dah tak de cuti panjang except bulan 11 and 12. Ma hates the idea of hosting kenduri during monsoon. sebab rumah kitaorang confirm kena banjir. tak kan nak bersanding dalam perahu kot. dengan rumah tunggang - langgang. bulan 3? ma says, the holidays are too short. huwaaaa, tak ke maksudnye tahun depan?? hmmm, teremo sudah.

for now, izzy will choose to go with the flow. kalau kawin, kawin la kan? kalu tak, jom same2 membujang.. hahaha.. boleh tak macam tu? that's really words from orang yang dah putus asa.. hahahaha =P

credit

okay, the end of emosi much.. (boleh tarik nafas lega)


Love, 
Miss Izzy

#22: Pure ramblings

It's very funny to read what we had gone through in our relationship since we started writing in this blog. And I admit, I am missing a lot of good memories with him as we hardly write our out and about in details. It would be good if I could note them all here, but yes, human have limitations (hah sudah, kalau malas, jangan salahkan human lain!!) errr, baiklah. That's my limitation, at least for now. It's difficult to find calm minutes just to do a quick update (err, even in ~TINTA~ too). Life is pressing me, what more I'm a teacher.. Yes, being a teacher doesn't make a goyang kaki and relax person, as what certain people may claim. It's definitely not easy to be one. The work does not end in school, means that I still have to continue working even after the school time. So, sape yang kate being cikgu tu senang, come and let's swap our place and we'll see how many days you will stay. Stop complaining about job. Seteruk mana pun kerja cikgu ni, I'm glad Allah still blesses me with this profession (dapat gaji leh simpan nak kawen =P) 

heh, macam mana dari cerita update blog bleh sampai citer hal skolah plak.. huhu. ampun..


That day Mr. AS told me. Dia perasan yang blog ni tak ramai followers, tak ramai yang comment and bla bla bla, questioning how NOT popular our blog are =P hehe. and I think I laughed. I know he might feel that we are writing to ourselves or each other instead of telling people out there. Some people might think popularity hits through how many times other people come to read the posts (yes, it's true for the infamous writers) but, for me, it's popular enough to have this blog in my 'favorite' list. At least I have a place where I can reminisce good and hard days we had gone through together. So, this blog doesn't have to be so popular sampai I pun malu nak bercerita kat sini.. But, having people to constantly come and view our blog will be the motivation for us. =)  I don't know why i'm writing this, but all I want is for him to know that it's okay if others don't read what we write, we have each other and countless time in future to view this blog.



yes, i'm agree with the quote. *nodding head*


Love,
Miss Izzy

#21 : Ujian datang jua...

Sorry for the long hiatus. Lama sangat rasenye tak menulis kat sini.. Actually, there were (are) a lot of things happened to us. Banyak sangat. Sampai both of us sakit2. Mungkin ujian bagi kami. Lepas bertunang, banyak sangat ujian Allah bagi. The things that I am afraid of finally terjadi, iaitu ujian yang menimpa bertalu2. huhu.. I thought kami tak kuat, hari tu hampir2 dah nak stop contacting each other (for good) tp alhamdulillah, berjaya disambung balik. Kalau di tengok ticker di atas, usia pertunangan kami tak de la lama sangat baru masuk sebulan lebih, itu pun dah banyak sangat yang terjadi T_T

Tapi I'm grateful with the fact I still have Allah and Mr. AS. Btw, both of our families never knew our problems. NEVER. and we are not intended to share with them. Sebab tak nak merngeruhkan hubungan yang dah sedia tejalin. selagi kami boleh handle, we will do it our own.

last month, dua kali Izzy demam. everytime i had my monthly menses, mase tu lah demam datang, tak larat, almost everyday menangis. macam- macam masalah datang, fitnah bertimpa2. huhu. pain sangat rasenya. dengan masalah yang sedia ade, it was really unbearable. sangat T_T . mase tu la Mr AS sangat banyak bagi sokongan, bear with my unpredictable emotions. alhamdulillah, it proved that he's very very very understanding. Now, alhamdulillah Izzy is getting better, semakin sihat. cume dalaman as in emosi masih lagi tak stabil. motivation nak g skolah memang go down sangat.. pagi2 sangat struggle nak g skolah. bila kat skolah, terpaksa berlakon happy. huhu.. 

Tapi sekarang, Mr AS plak broke down. He burn out + food poisoning. sedih tengok dia. dari selera nak makan banyak trus tak de selera sangat nak makan (seb baik he can force himself to eat). i know he thinks a lot. huhu, everyday i pray for him, supaya dia selalu sihat. at least sampai we get married so that i can take a really good care of him. now, the fact that he cannot eat outside food, i have to cook (at least that's what i can do to ease his pain). and of course, i'm more than happy to prepare his food. at least it's something i can do to repay his kindness for being with me and cheered me up when i was down last month. just that, deep inside my heart, rasa tak puas sebab tak leh really take care of of him. haish, dah la dia hidup sorang- sorang kat rumah sewa dia, lagi la rasa macam- macam.. but i believe, Allah is always there.


for now, i just wish and pray everything's gonna be okay.. inshaallah. do include us in your prayers. 


Love,
Miss Izzy

#20: Continuation

Sorry for an abrupt full stop in my previous post. well, basically, Izzy rase Izzy dah ceritakan semua (most) yang happened on that day. Basically, Izzy memang gabra tapi syukur jugak for everything went well. tapi kadang- kadang Izzy ajak gak Mr AS bertunang lagi skali sebab nak majlis gilang- gemilang.. haha, okay2, nafsu semata2 =P Dah lepas yang ni pun bersyukur dah. tak sanggup dah nak rase berdebar lagi skali.. 

Izzy dah tambah ticker kat atas, just for a note for us, and to keep track how long we have been in this relationship. hari ni marks 3 weeks and 4 days we are each other's betrothed. izzy rasa macam dah lama la.. hehe. mungkin sebab we still don't have any progress on our preparation. tak tahu bila nak start actually, rase macam lambat lagi je. huhu.. tapi setakat ni, izzy dah simpan duit sikit. every month mesti ade something nak kena beli. so far, izzy dah setelkan pembelian cincin kawin, and barang- barang hantaran kecuali quran dan rehal.. izzy beli awal-awal sebab sementara ada duit, baik beli.. al-maklum la izzy ni memang jenis boros, pantang ade duit, memang sibuk nak habis kan.. hehehe.. =P 

kalau ade yang tak muat nanti bile dah kawin, pandai2 mr AS ye.. especially baju tu.. sape suruh gemuk lepas ni.. =P 

checklist lepas ni is hmmmmm, tak tahu lagi. hehe. baik tak yah cakap kan? sebenarnya tak tahu nak start kat mne. izzy memang camni.. procrastinator tegar.. hahaha.. hujung-hujung masa baru sibuk nak siapkan itu ini.. mase belajar pun cmni gak.. huhu, bile nak berubah kan? bila la nak start buat benda2 awal pada waktu?? huhu.. tapi bagi izzy, semakin singkat masa semakin banyak idea.. hehe.. tapi this time tak leh nak buat last minute la. kang ada plak orang cela wedding event kami nanti. =P 

tapi worry not, i do have the checklist of what we should pay attention and get ready for the big day. now i just pray, Mr AS dapat banyak2 duit.. hehe..

tapi banyak sangat benda dalam checklist tu. Readers who have ideas where we should start, can suggest in the comment space. and we thank you guys for that (^_^)


gotta go...

Regards, 
Miss Izzy


 

Post No. 11 - Bethrotal part II



stay tuned ^_^ 

~~~Mr. AS~~~

#19 : Betrothal

Assalamualaikum wbt and good day, readers!!!

How are you guys feeling today? hope your daily days are superb... (^_^)

Well, i'm writing in response to what Mr. AS has written below.

Yes, we are now betrothed. no need to mention i was still in shock (even after 6 days wearing the engagement ring) - i kept on feeling weird because i now have the ring on my finger. =P

To look at Mr AS as my fiance is also another thing. huhu.. mungkin before ni we are more like a friend rather than a couple who are in the relationship. Nonetheless, I am grateful and full - hearted redha with what has happened. I know Allah always has better plan for us. Yelah, I'm the one who don't want to engage. Izzy memang xprefer nak tunang pun. ingat nak terus kawen je. hehehe... atau pun, bertunang before akad nikah. and initially, we have discussed this matter for many times. but at last, we put it in the hand of Allah and our parents, so this is the result. WE ARE ENGAGED. Does it prove Allah's at work? yes, definitely. Only He knows.. but, honestly, it's surreal. i think i'm still dreaming knowing that this man is my fiance... hehehe..

so, that explains why i wore simple baju. tu pun nasib baik ade. kalu tak pakai baju cotton je. al-kisahnye, banyak sangat unexpected, funny things happened in preparing for the majlis. i think i'll put them in notes. saje je nak tulis so when my memory fails me later, i still have this blog to remind me how i went through my days. =) 

1. awalnya, ma izzy suruh beli kertas nak balut buah tangan (mula-mula buah tangan, tapi dah jadi hantaran la.. =P). ma just pesan to get ready few things for his family. yelah, orang datang jauh2 dengan niat baik, xkan nak layan cikai2 je kan... ma dah listkan suruh bagi canned lychee, homemade apam polka dot and suruh izzy fikir lagi nak bagi ape. so i just suggested fruits (walaupun mr AS xmakan. hehe). then, parents izzy memang plan nak bagi kain pelikat and kain sarung kat parents Mr AS. so, memang mencari pembalut hadiah lah.

2. mase shopping2 tu, terlintas nak buat tema warna silver and purple. seriously teringat mase tengok2 kertas pembalut hadiah tu. hehe. suke-suke nak bertema mase tu, kononnye nak impress family Mr AS lah, sekali, dia punya lagi grand.. huhuhuhu.. *termalu* =P



3. since we just thought of it was majlis merisik and perjumpaan family dengan family je, we decided to handle the lunch. so, kami sefamily lah yg masak hari tu. juadah lunch boleh tahan banyak gak la bagi izzy.. tapi ma still kate sikit. huhu. we served tomyam campur, ikan siakap 3 rasa, ayam percik kelate, kailan ikan masin, telur dadar, and puding karamel. bayangkan la kami 3 org chef (ma, my sister and I) buat benda2 tu dengan pertolongan my three brothers. hehe. memang macam tongkang pecah la dapur tu. dah la start masak lambat.. hehe.. kenangan btul la.. yang kelakar, adik lelaki ketiga, Lee kejenye potong ayam and siang sayur. and yang bongsu, Yo, buang mata nenas.. hahaha, dah la dua2 tu xpenah seumur hidup tolong kat dapur.. memang gelak je la.. but, i really thanked them for making my day. =)

4. apam polka dot tu siap mase family Mr. AS dah sampai. orang tengah bincang2 kat ruang tamu, Izzy kat dapur dok buat apam. hahahaha.. 

5. ini yang paling xlarat. I cut my finger. nervous punya pasal. so, kantoi jari berbalut mase sarung cincin. =P


have to stop abruptly and will continue later.. have something to do.. huhu

Post No 10 : Alhamdulillah, We Are Now Engaged ^_^

assalamualaikum warahmatullah...
apa khabar kepada semua pembaca?,moga anda semua sihat-sihat sejahter InsyaAllah :-)

belum terlambat untuk Mr AS ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca...raya tetap raya...kerja jangan dilupa..hehehe...masa untuk kembali ke sekolah..hehehe...

well, raya keempat hari tu, my family bersama family ibu saudara telah datang berjumpa dengan Miss Izzy family...cadangnye untuk buat majlis merisik...tapi dengan tak disangka-sangka bertukar menjadi majlis bertunang...so dua2 orang still in shock...hehehe...
tapi alhamdulillah dah lepas satu stage...insyaAllah stage seterusnya akan menyusul...hehehe
rasa kebertanggungjawaban pun dah mula masuk dlm diri nie...moga Allah mempermudahkan segala-galanya buat kami..aameen...

so pada masa tue kedua-dua keluarga telah berbincang dan alhamdulillah, kata sepakat telahpun dicapai...bila tarikhnya?nantikan...hehehe

sambil-sambil tue adela amek sket gambar-gambar yg patut...semua gambar ni dishoot oleh my little brother....

kepada semua pembaca...mohon doakan kami kekal hingga ke jinjang pelamin dan mohon doa juga dari kalian semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga...insyaAllah  ^_^
 enjoy this pictures...

mase ni Mr AS takde sebab kena pegi tempat lain dulu masa mesyuarat keluarga berlangsung...hehehe...kena akurla...hehehe


kedua-dua keluarga bergambar kenangan






















ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH 
^_^ 

regards : 

~~~Mr AS~~~

#18 : Eid Mubarak!!!

Eid 'ul Fitr is here. Alhamdulillah..


as well as sad, sebab Ramadhan is gone.. tsk tsk tsk (T_T)

Hopefully Allah panjangkan umur kami hingga ke Ramadhan tahun hadapan..

Raya tahun ni Izzy selekeh2 je.. hehe. alasan nye sebab dah ade someone. kalau single, confirm pakai cun2 kan? =P


I would like to wish everyone (who read this),

EID MUBARAK!!!

Taqaballahu minna wa minkum
 (May Allah accept our ibadah)

and 

Kullu aam wa antum bi khayr.  
(May you and your whole year be blessed!)


doakan kami for the upcoming big event. inshaallah. =)


Lots of Love,
Miss Izzy


#17 : DIY Sampul Duit Raya

Assalamualaikum wbt readers,

tengah buat ape? mesti tengah baca blog ni kan? hehe.. dah agak dah.. =P

perghhh, rasa macam mimpi. gosok2 mata plak bile baca balik the post title for today.. hahaha... DIY sampul duit raya tu.. macam tak caya kan??? hahaha..

al-kisah nya, petang td after solat zohor, izzy kena rasuk. kena rasuk by hantu BOSAN and hantu RAJIN. so, bile dua2 hantu ni dah masuk serentak, terjadi lah post title di atas.. =P

 
lepas zohor tadi memang bosan tak tahu nak buat ape. lesson plan xyah buat sebab dah buat for monday, batrisya xde kat rumah sebab g jalan2 ngan umi and aunty ting ting ting dia, Mr AS plak xde kat rumah, g joli iftar ngan kawan-kawan dia kat PD. so, tinggal lah i terkontang kanting sendirian. alang- alang tu, i was thinking of mencatu duit-duit raya untuk tahun ni.. sekali bila dah syok kuarkan duit, i remember that i don't have enough red green packet to put the duit raya in. and at that moment, the hantu RAJIN came in. i selongkar ape bahan yang ade and detemine to do my very own Sampul Duit Raya.. hahahaha... that's the long story uncut short =P 

terjadi lah kisah men DIY sampul raya sendiri. tapi bukan yang special pun. design sama macam kat kedai je just that i made it with my two hands and two legs thus they are handmade.

jadi, pembalut hadiah menjadi mangsa.. haha, seb baik ade yang i rse compatible sangat nak jadikan sampul duit raya. maksudnye it's not written 'happy birthday', 'happy engagement day' or 'semoga kekal hingga ke anak cucu' =P

to start off, i sacrifice kan satu contoh sampul duit raya yang dah renyuk to get the template. and basically i just trace it to the wrapping paper. but of course la not one by one. i lipat2 kertas tu jadi tebal and cut them at once so at the same time, i g0t about 9 duplicated templates =) save time sangat.. 

 so, at one time, dapat 9 keping yang macam ni. so we just need to glue the sides together.

 jadi lah mcam ni.. sama sebijik sejebon dengan kedai. 
cume nye kat kedai confirm tak de yang tulis "season greetings' 
hehehe

 first batch (^_^)

 both batches 

jatuh hati ngan warna purple tu.. hehe..

 corak sama tapi layout corak yang berlainan..

yang memanjang tu nampak kurus kan? actually, they are the same size.
* ilusi sangat * =P


to add some spices, i stuck a smiley sticker at its opening 
^_^

the very end product
 comel la jugak pada i
*masuk bakul angkat sendiri mode*
hahaha

a box of stickers that i bought at Reject Shop, Brisbane, Australia.
errrr, 4 years ago


i know it's nothing for those who always DIY everything most of the things, but for a lazy bum, uncreative person like me, this is an achievement.. huwaaa, to the world, i'm a proud peacock.. hahaha


well, it's economical too. the wrapping papers cost me rm1.00 for two pieces (i already used the wrappers to wrap presents back then - so they are not even the whole 2 pieces of wrappers). and from them, i produced about 36 pieces of small- sized green packets, in just about an hour or less =D. so take your calculator to know the exact amount i have saved. hehehehe.. 

for me, i've saved as priceless as my life with it, sebab kalu nak g beli, kena drive about 10 km to and fro, terdedah kepada accident (duh), petrol lagi. bile g kedai, macam pelik je bila masuk2 just amik sampul duit raya (nak bayar pun sogan), nak2 mau gak sambar air kotak laici jenama drinho ke, ayam goreng crispy ayamas ke (nak menunjukkan bahawasa nya sy mendapat bonus hari raya - haha, riak!! xbaik tuh.. insaf2..) huh, dah berapa abis di situ.. banyak-banyak...

so, enough blabbering. that's all for today..


selamat beribadah - ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi... huhuhuhuho mood sedih ngan tibe2.


gonna use this opportunity to the fullest. hope readers too.  toodles..

 
Orang kena rasuk, 
Miss Izzy *_*


#16 : Kisah Baju Akad 1

Assalamualaikum and good day, readers!!

hahaha, sepatutnye izzy kena buat lesson plans for tomorrow, tapi macam malas plak (errr, bukan malas, kurang rajin lagi + xde idea nak ngaja ape =P huh, alasan!!!!)

malam ni nak membebel pasal baju akad nikah.. haha, ampun kan kami yang over-excited ni, tarikh nye tak tau bile, tapi sibuk nak mencari baju dah kan?? haha. sape la yang tak excited nak kawen kan? it's a way to complete half of your eemaan. good thing, of course we want!!

well, to be honest, kitaorang izzy memang dah start cari2 baju untuk akad nikah. tapi banyak sangat change of plan. mula-mula nak tempah then decorate sendiri, pastu bile usha2 baju online, mcam cun, xjadi plak. pastu conflict warna. mula-mula nak kelabu, pastu tukar jadi putih, pastu krim plak..  then keputusan akhirnya, we want the combination of white and cream. yes, we go for pastel colours instead of the bright ones. sebabnya, it has been in my dream sejak dulu lagi to wear white for my akad. ntah la.. i'm so into white.. sebab putih tu suci (lagipun, Rasulullah pun suke putih =) ) kalau boleh, sume persalinan nak amik putih. hahaha.. =P tapi mcam over plak kan? 

so, i have surveyed a few (eh, ye ke a few?? A LOT la!!) of online boutiques, real boutiques for the design that i want. so far there are many that captured my eyes but they are not strong enough for me to look at one glance and say "that's it. i want it". semuanya macam, tengok sekali cantik, and at the second thought, it doesn't look nice. hehehe, i'm so cerewet (i guess, another b2b pun cerewet gak kan?? hehe)

but when i set my eyes at this one... i fell in love with it.. and i say, "that's it". it's from Butik Farree


simple, right?
 
yes, i know it's simple. but, that's what i go for.. sangat2 suke this dress and the price is also reasonable. not more than RM200 pun. plus, i can wear it after the akad. boleh pakai nak g skolah ke.. hahaha. tapi, sedihnya, baju ni tak berjodoh ngan izzy. SOLD OUT.. huhu. sedih la jugak, sampai mesej kat Mr. AS and cakap nak nangis sebab baju ni dah sold out.. yelah, dok usha2 dah berminggu-minggu and this is the only one that i truly like, so far.. memang sedih la.. Mr AS kata la, try cari yang lain. dah tak de perasaan sangat sebab nampak yang lain sume xsesuai and tak berkenan.. 
 
nak tak nak, i have to wait and keep on searching la nampak nye. =( ingat nak beli masa puasa ni sebab banyak butik yang buat sale/promosi raya.. tapi mungkin bukan rezeki. hopefully, lepas ni ada la yang capture my eyes lagi..aameen.. ala, lagipun, ade hikmah jugak kan? kalau beli sekarang, nanti kalu makin kurus (aameen =P) or makin gemuk (nauzubillah, semoga dijauhkan!!), dah tak cantik la kalau pakai. in worse case, i may have to buy the new one. who knows kan??? yes, Allah knows the best.. redha2.. hehehe
 
tapi kalau tak jumpa jugak design yang i suka macam i like this dress, the final decision is, we are going to send to someone to tailor it. the same design but may be with a little bit of personal touch on it to add the value. inshaallah. but, the design itself now, satisfies me. (^_^)

readers, please pray for us. we pray for your smooth sailing and do pray the same for us..

got to go now.. the 3 lesson plans are calling me (sounds eerie, isn't it? =P)

till then, 

have a good ramadhan..

Love,
Miss Izzy =)

Post No. 9 : Ramadhan....

assalamualaikum...
semoga para pembaca sihat dan sejahtera selalu...
apa khabar semua?
moga Ramadhan anda lebih bermakna kali ini :-)

dah hampir setengah Ramadhan berlalu...
lagu-lagu raya sudah mula berkumandang di corong-corong radio...
kebanyakan orang dah mula buat persiapan raya...
baju raya, duit raya, biskut raya...
tapi mari kita fikir sejenak kembali dan muhasabah diri...
bagaimanakah Ramadhan kita?
adakah Ramadhan kita sempurna untuk kita sambut kemenangan di bulan Syawal nanti?
bagaimana pembacaan Quran kita?
sudah sampai juzuk mana?
kalau yang masih belum sampai juzuk 15 tue tanam azam untuk habiskan sebelum Ramadahn berakhir...
kita juga semakin menghampiri 10 Ramadhan yang terakhir...
malam-malam yang sangat digalakkan untuk kita beriktikaf dan bermunajat pada Allah...
waktu yang sesuai untuk kita gandakan pahala ibadat kita...dan juga misi mencari malam Lailatul Qadar...
so boleh set masa dari sekarang untuk kita bangun berqiamulail dan beriktikaf spertiga malam di malam-malam 10 yang akhir ini...
moga anda semua akan digandakan pahala ibadah insyaallah...

mode : berdebar tunggu raya...huhuhu

regards : 

Mr. AS 

^_^

#15 : I love Ramadhan

Time flies truly fast, right? it's already in half month of Ramadhan. Subhanallah... So, how's your second phase of Ramadhan going? make sure you are still in a very high energy to accelerate towards 10 final nights k? jom cari lailatul qadar. may Allah grant us and the readers rewards for our good deeds as well as the rewards for malam lailatul qadar which worth a thousand months (sape xnak kan, kalau bagi 10 sen dapat rm1000, ibaratnye) =P. 

well, i love Ramadhan. err, i mean the month. not someone with the name Ramadhan =P . because i feel different. it's easier to do ibadah during the month. don't you think so? nak bangan pukul 4 pagi senang, nak solat extra 11 rakaat senang, nak bagi sedekah senang. cube kalau bulan2 biasa, nak bangun pukul 4? huh, dream on, nak bangun pukul 6.30 am nak mandi g kerja pun rase sangat berat, sebab graviti yang paling kuat kat bumi ni ialah di katil (the jokers say so la kan!) =P apatah lagi nak solat extra 11 rakaat. hahaha.

oh, that's why i really love Ramadhan. like, really2 fall in love with it. so, in conclusion, kan best kalu xyah ada syawal. hahahaha.. sebab during syawal, duit habis banyakkkkkk... aaaaaaaaaaa kena bagi duit raya nooooooooo, nak kena beli biskut raya, huwaaaaaaaaaaaa, nak kena bakar satay, malassssssss, tapi makan, nakkkkkkkk, kena jadi gemuk, xmauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

so, i really hope, bulan depan is also Ramadhan. hehe.. (but, mati hidup balik pun, Ramadhan will not be in two months straight)

 Orait, let me put the full stop here. tak larat dah nak mengarut dah. sorry for wasting your time reading =P

toodles!!!!

p/s: padahal nye, orang yang tengah tulis ni tengah kecut perut sebab bulan syawal ni ade orang nak datang risik dia... al-kisahnyeee... =P



yours truly,
Miss Izzy

#14 : OhSoRandom!!!

Assalamualaikum and good day, readers.

Rasa macam it has been long from the last post kan? padahal it is just for more than a week. how is your puasa going, everyone? mine is great so far. alhamdulillah. despite of perasan-busy kat sekolah, i still have time to do some amalan sunat. inshaAllah, di bulan puasa ni memang sangat digalakkan melakukan amalan sunat contohnya membaca quran, bersedekah, solat sunat tapi jangan asyik dengan solat sunat je, yang fardhu atau wajib itu lagi utama. jangan pula sibuk nak tarawikh tapi solat isyak tak ditunaikan. Allah tak terima tau amalan sunat kalau tak buat yang wajib. so, penat je dok berterawikh 8 rakaat + 3 witir tapi isyak tak solat (ke g masjid sbb nk moreh free? hehe =P) 

so far, izzy hanya pergi terawikh sekali je kat masjid, tu pun sebab tak de mood nak buat sorang2 kat rumah, kalau tak, izzy just buat kat rumah je sebab boleh buat seberapa banyak rakaat nak buat and bace surah apa nak baca. sambil-sambil tu boleh practice hafazan. tapi rasanya in future, memang akan solat kat masjid jugak sebab macam lagi meriah.. hehehe.. and then, bazaar ramadhan, sekali pun tak jejak kan kaki lagi.. bukan ape, bazaar ramadhan kat sini, makanan nya tak sesedap in my hometown. so, daripada berdosa dok kritik makanan, baiklah izzy bersyukur je dengan makanan yang housemates masak ni.. memang sedap lah!! two thumbs up. 

now i'm so worried with my body weight. ayyo, rase macam makin naik je. padahal, i don't really eat much. for sahur i just take 3 dates with a bottle of plain water and waktu berbuka, most of the time, some kuih and less potion of rice. huhuhu, metabolisme tubuh dah menurun agaknya kan?? waaaa, helpless nye rase.. =(
camne la nak jadi kurus ni? 

and yes, my si kecik kat rumah tu pun dah pandai jalan dah.. opss, bukan anak kucing or any binatang ok.. ni memang betul anak orang. but of course, she's not my daughter. anak housemate izzy. just for a note, she is my housemate's daughter. housemates izy ni dua orang. adik beradik. dua2 orang kelantan. yang kakak tu is also my colleagues at school, an ustazah. and adik dia, a year older than me, memang dok rumah je, jadi baby sitter. so, the baby is anak ustazah tu la.. adik dia tu, tak kawen lagi. so, memang banyak kongsi cerita ngan both of them pasal kawen2 ni.. both of them are very kind and good cooks too (sebab tu la berat izzy, makin lama makin naik =P). hari ni, diorng masak ikan bakar nanti nk cicah dengan budu.. hehe.. so kampung kan? but i hardly eat something like this. kalau jarang-jarang boleh la.. but today i really feel like eating it.. sure, berselera (huwaaa, gemuk lagi la nampak nye)


the cheeky baby, Batrisya
 she called me auntie t t t t yea..

and kalau kat rumah ni, izzy sangat jarang masak. once in a blue moon je. sebab masakan izzy tak sesedap diorang. so, bab masak2 ni memang serah kat diorang la.. tugas izzy jaga si kecik Batrisya tu je la time ummi and auntie dia masak.. hehe, memang risau sungguh bila nak kawin ni, takut kekok bila masuk dapur. =P kang nanti lain masak, lain jadi nye..


memang OhSoRandom!! lah post this time. yelah, nak update pasal progress pun, i guess we don't have anything in process pun. so, better update pasal life la kan sikit. tak de lah bosan sangat bile datang ke blog ni asyik dengan post sama je..

=P

so, dah nk dekat berbuka.. gotta go..

Selamat beribadah everyone. semoga amalan kita diterima.. Aameen


yours truly,
Miss Izzy =)

#13 : Ramadhan and Family Meeting

Assalamualaikum wbt..

I'm back with our new look.

Thanks to Mr AS as the designer and I, as the critic 
(haha, a very annoying critic indeed =P)

Ramadhan will be coming to us in two days time and seriously, i just can't wait.

Friends in FB pun sibuk updating/countdown the days to Ramadhan

If you are not a Muslim, please note that Ramadhan is the most blessed month for us, Musleems.

During that month, we are required to fast during the days and do good deeds as much as we can.
(please note that no one dies if they don't eat for 13 hours)

The Almighty Allah will reward us and forgive our sins. Subhanallah, is He so Ever-Kind?

I pray to Allah S.W.T for this Ramadhan will be the best Ramadhan I ever experience and He will accept all my ibadah. Aameen.
May this be my last Ramadhan as a single woman too. hahaha 
(sounds desperate much? Ignore it!! =P)


Well, to my surprise, Mr AS told me that his family is going to meet mine during Eid.

How do I feel? Happy? 

Not really. in fact,  I'm nervous. 

and then tbe2 terfikir, "betul ke aku nak kawen ngan dia ni?

which i always thought 

and which Mr. AS never failed to pout his lips (so buruk, okeh!! hehe)


by the way, I put everything in Allah's hand. He knows what He has planned for us.

and we know, what He plans are the best for us.


However, in every prayers i perform, I never fail to ask Him to give the very best for both of us, make our journey to His path easy and smooth and strengthen our imaan in every way possible. 


Well, to those b2b who're reading, we pray for your happiness ever after and may Allah bless your wedded life. 

Rase seronok tengok blog b2b yang mereka kelihatannye sangat meriah membuat persedian.

we hope our time will come soon.

Pray for us too..

and, if this is my last post in Syaaban,

I bid u, readers

RAMADHAN KAREEM 

and

MAY ALLAH ACCEPT OUR IBADAH AND 
MAKE THEM COUNTED IN OUR BOOK OF GOOD DEED.



Regards,

Miss Izzy

Post No 8 : Mr. AS PHOTOGRAPHY SERVICES - WEDDING PROMOTION 2012

assalamualaikum.

di harap semua pembaca sihat-sihat hendaknya dan dirahmati Allah selalu... :-)

di sini Mr AS ingin membuat sedikit promosi fotografi perkahwinan...hehe
sambil Mr AS dan Miss Izzy yang nak jadi B&G (Bride and Groom) nie, Mr AS pun shoot orang yang nak jadi B&G jugak...hihihi...

nanti kitorang punya Mr AS shoot sendiri...wakakakaka :-P 
gurau je....well, kitorang punye mestilah ada orang lain yang tolong shoot kan nanti..jenuh pulak Mr AS yang nak jadi pengantin Mr AS jugak yang shoot sendiri...wahahaha...

ok back to topic...Mr AS sebagai seorang guru dan jurufoto perkahwinan sambilan di bawah nama AhmadSuhaimi Photography menawarkan khidmat fotografi perkahwinan untuk semua bakal-bakal pengantin yang ingin merakamkan kenangan hari perkahwinan mereka dalam bentuk gambar pegun (still pictures) dan dijamin berkualiti dan menarik :-)

di bawah nie senarai khidmat fotografi yang disediakan : 

WEDDINGS
ENGAGEMENTS
FAMILY PORTRAITURE 
EVENTS
OUTDOOR GRADUATION 

semua khidmat yang diberikan akan disertai dengan gambar-gambar yang berkualiti dan dijamin cantik....(errrr...over plak..hehehe)
untuk wedding photografy ada disediakan pakej2 yang menarik...
diskaun juga akan diberikan kepada meraka yang bertuah...
tak mustahil juga Mr AS n Miss Izzy melalui blog kami akan buat giveaway discount untuk pembaca-pembaca blog kami yang bertuah nanti...Insyaallah :-) 

by the way, mesti ada yang tanya ada diskaun ke?

OF COURSE MESTI ADA BEB!HEHEHE~~~~

DISKAUN 10% AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PELANGGAN PERTAMA MR AS :-)

so untuk keterangan lanjut tentang pakej boleh lawati blog photografi Mr AS di : 


atau lawati fanpage AhmadSuhaimi Photography di :


atau add Mr AS di facebook untuk melihat-lihat hasil-hasil karya Mr As :-D : 


JANGAN RISAU KALAU RASA TERLALU MAHAL KITA BOLEH NEGO-NEGO HARGA BERPATUTAN DAN MENGIKUT BAJET  ANDA 

Mr AS boleh shoot di negeri-negeri berikut : 

JOHOR
MELAKA 
NEGERI SEMBILAN

kalau yang berada di negeri-negeri lain boleh juga pergi dengan kos-kos yang berpatutan :-) 




p/s : UNTUK PAKEJ-PAKEJ YANG DITEMPAH JAMINAN SELAMA 3-4 MINGGU ALBUM AKAN SIAP BERMULA DARI TARIKH PERKAHWINAN ANDA...

regards 

Mr AS 

^_^


Post No. 7 : Bulan puasa dah dekat...

Assalamualaikum...

hope semua pembaca sihat2 hendaknya... :-)

bulan puasa nak dekat dah...tinggal lagi seminggu je...so para pembaca di luar sana especially yang perempuan...dah ganti ke belum puasa2 korang?hehehe
kalau belum cepat2 sementara masa masih ada...

salam ramadhan untuk semua...

P/s : maaf sebab memang kekeringan idea...

^_^ 

Mr AS

#12 : B2B and ex- B2B blogs

sangat teruja!!!! sangat teruja!!!!!

erkk, lupe plak.. Assalamualaikum wbt and good day, readers sekalian yang ada!!

teruja sangat sampai lupa nak bagi salam.. it's not good sungguh la izzy ni..

btw, apa yang teruja sangat tu??

these two three days, i have been lingering around B2B and ex B2B blogs.. even Mr AS pun terjebak sama.. hahaha.. we searched the same website using two different laptops at two different places. hahaha..

i found out a lot of ideas for our coming event yang sebenarnya masih tak tahu bile but we are praying hard for it to come real soon. aameen. 

makin teruja bila they reviewed their past experiences of doing things. rupenya ramai jugak B2B outside yang DIY ni.. dah la cantik2 and creative2.. i am green with envy now.. seronok tengok how creative they are/were creating goods for their big days. ada yang DIY pelamin, wedding dress, doorgift.. wahh, sangat teruja hokeyyyy... rase macam nak buat sendiri je sume benda sebab memang super duper jimat and puas hati..

but suddenly i feel discouraged sebab i'm not that creative. sob sob sob T_T 

tapi kan, i feel like trying simple things la like doing bantal hantaran sendiri ke, sbb tengok dia punya tutorial memang senang je la.. kalu malas, Mr AS ade nk tolong back up.. hahahaha.. belum kawen lagi dah tunjuk belang =P

so, sidebar kat sebelah akan bertambah satu lagi column untuk bloggers B2B or exB2B yang i rase very helpful and motivating. i even have become their silent reader (read: stalker) hehe.. 


rase macam nak buat checklist plak ape yang nak buat and rase macam nak g beli barang buat sekarang je.. tapi macam melampau pulak la kann.. tarikh nye xtau bile, sibuk dah nk buat preparation. lebih kuah dari sudu betul la.. =P *erkk, termalu* 


apa2 pun, seriously, i can't wait for ramadhan to come.. nak minta doa bnyak2 dengan Allah semoga Dia permudahkan segala urusan, semoga Dia kurniakan yang halal to us and jauhkan kami from the harams. May he become solely for me and i'm to him.. May Allah give us the best and make our heart redha with everything He prepares for us. 


i'm going to continue reading the blogs. 

till then, take care peeps.

Regards, 
Miss Izzy


p/s: bile lah Mr AS nak update dia punya part. i'm dying waiting. hahahaha. literally. =P



#11 : Second Giveaway by Sazalina Zakaria


Assalamualaikum wbt and good day, readers!! (if there are any =P) 


As the title above suggests, this is another post to get FREEBIES. 

Hadiah dia sangat comel okayyyy... boleh guna nak buat guestbook nanti ^_^


so, sape2 yang satu kasut dengan izzy (read: in the same shoes), those handmade craft lovers, jom join.....

click the picture below..




1. 20 pcs of 12" x 12" patterned paper
2. 30 pcs of 6" x 6" patterned paper
3. Various length of flower ribbons
4. Various length and size of ribbons (satin, grosgrain etc)
5. Die cut aplhabates
6. Paper embosser
7. sequins and beads
8. Contemporary Cardmaking book
tarikh mati (errr, sound eerie, right?? reread: deadline) ::: 31st of  July 2012





JOM JOIN!!!!


#10 : Boring Time!!!

Both of us are back home!!!!! yeay.... errr, when i say home, not the same home tau.. she's back to Kelantan and he's Johor. We had a long weekend this time since last Thursday was the Parents Meet Teachers at school (but, Izzy skipped the session) ^_^

I'm bored this morning. Ma and Abah went to work. Mr AS plak is attending Kursus Pra-Perkahwinan. hehe.. baru nak dapat lesen kawen when I already got mine =P

Still i have nothing to say in this recent post. but i feel like blogging just for a note to us. He is one step closer to getting legal relationship. 

well, that's all for this time..

Toodles,
Miss Izzy (^_^)

Post No 6 : Petua Murah Rezeki ^_^

Assalamualaikum....
i'm need some motivation...
and i google some website to read and gain the motivation... :-)
selalu je terfikir yang negatif padahal memang dah rezeki Allah tue ada je kat mane-mane..
cuma macam mane usaha kite and bagaimana cara kite mendapatkannya...
kat bawah nie Mr AS ada dapat satu artikel dari website Oh!Islam...

PETUA MURAH REZEKI 

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
sebenarnya kita boleh buat semua ni tapi biasela nafsu dan syaitan sentiasa ada untuk menyucuk2 hati kita supaya berfikiran negatif dan berputus asa dari Rahmat Allah...
berdoalah selalu supaya segala-galanya akan diberi kemudahan dan kelapangan oleh Allah Taala 
^_^ 
Mr AS
get more on this website : 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang