The Ring that Binds

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Post No.2 : Tidak Salah Untuk Berubah...

Assalamualaikum warahmatullah...
apa khabar pembaca semua?
semoga anda semua dirahmati Allah selalu hendaknya...

well, ini sudah post yang ke-4...my woman just post hers several days ago, which is fully in english...and which is his man in Bahasa Rojak (teringat rojak mee kedai Baraqah Gemencheh :-P)...nasib baik tak terkeluar bahasa Jawa kan...hihihihi...

Ok, just kidding...
now back to our title...Tidak Salah Untuk Berubah...
Setiap dari kita ingin menjadi insan yang baik dan sempurna serta bebas dari dosa-dosa yang dimurkai Allah...
Terlintas sahaja niat di hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik, malaikat dah tulis satu kebaikan di buku amalan kita...itu baru niat, belum buat lagi...hehe...
Kalau buat konfirm berganda-ganda kebaikan dah ditulis...
Pertama dah niat, keduanya teruskan tindakan anda untuk berubah...jaga solat lima waktu, baca Al-Quran selalu, bersedekah selalu...pergi masjid solat jemaah, solat taubat meminta ampun setiap kesalahan masa lalu...Ini adalah contoh-contoh perubahan yang kita boleh buat...

Kemudian, apabila kita sudah melakukan perubahan, jangan buat sekerat jalan, istiqamah selalu...jangan tinggal sekerat jalan sebab nafsu menarik kita untuk membuat maksiat-maksiat dan dosa-dosa yang selalu kita buat dulu....jangan, jangan dan jangan...

Di badan kita ini ada dua bahagian, satu nafsu yang disokong oleh syaitan yang menarik kita untuk membuat kejahatan, dan satu lagi iman yang disokong oleh malaikat yang menarik kita untuk berbuat kebaikan. 
Tapi selalulah kan kita kalah dengan nafsu nie kan..mcm2 nafsu ada, nafsu amarah, nafsu syahwat dan lain-lain lagi...

So kepada pembaca-pembaca sekalian, jika anda ingin berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah, teruskan usaha anda dan istiqamahlah selalu dengan perubahan anda kerana ganjarannya amat besar di sisi Allah s.w.t. 
Jika orang sekeliling mencemuh anda atau mengkritik anda yang hendak berubah, biarkan...anda berubah hanya keran Allah, teruskan usaha anda dan insyaallah anda akan menjadi insan yang baik budi pekerti di masa hadapan...InsyaAllah...

sekian sahaja untuk kali ini, sehingga di lain post okeh... :-)

Semoga kita dirahmati Allah selalu...dan doakan agar kami berdua disatukan dengan secepat mungkin :-)
Aameen Ya Rabb...

Wassalam... (^_^)

Mr. AS 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang