The Ring that Binds

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

#10 : Boring Time!!!

Both of us are back home!!!!! yeay.... errr, when i say home, not the same home tau.. she's back to Kelantan and he's Johor. We had a long weekend this time since last Thursday was the Parents Meet Teachers at school (but, Izzy skipped the session) ^_^

I'm bored this morning. Ma and Abah went to work. Mr AS plak is attending Kursus Pra-Perkahwinan. hehe.. baru nak dapat lesen kawen when I already got mine =P

Still i have nothing to say in this recent post. but i feel like blogging just for a note to us. He is one step closer to getting legal relationship. 

well, that's all for this time..

Toodles,
Miss Izzy (^_^)

Post No 6 : Petua Murah Rezeki ^_^

Assalamualaikum....
i'm need some motivation...
and i google some website to read and gain the motivation... :-)
selalu je terfikir yang negatif padahal memang dah rezeki Allah tue ada je kat mane-mane..
cuma macam mane usaha kite and bagaimana cara kite mendapatkannya...
kat bawah nie Mr AS ada dapat satu artikel dari website Oh!Islam...

PETUA MURAH REZEKI 

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
sebenarnya kita boleh buat semua ni tapi biasela nafsu dan syaitan sentiasa ada untuk menyucuk2 hati kita supaya berfikiran negatif dan berputus asa dari Rahmat Allah...
berdoalah selalu supaya segala-galanya akan diberi kemudahan dan kelapangan oleh Allah Taala 
^_^ 
Mr AS
get more on this website : 

Post No 5 : Kembali Semula :-)

assalamualaikum kepada semua pembaca....
diharapkan semua sihat-sihat hendaknya dan dirahmati Allah selalu...
lama dah tinggal blog...
sebab sibuk dgn Hari Sukan Sekolah dan Kem 1M1S....
pobondo ehhh 1M1S tue jang oiii????
haaa...1M1S stands for 1 Murid 1 Sukan...
penat ooo....dua minggu buat persiapan sukan sekolah....
tunggang terbalik lari terkejar ke sana ke mari...kita cari orang orang cari kita...
nak buat tu nak buat nie...
perghh...macam-macam nak kena buat...
Alhamdulillah so far semua bejalan dgn lancar dan rasanya sukan tahun ni antara yang terbaik sekali di bawah penganjuran Mr AS sebagai S/U Sukan sekolah (chewahhhhh!!!!)

tapi ada jugak yang tak berkenan di hati...kalau nak tau kenapa rasa tak berkenan di hati tue baca post Miss Izzy sebelum ini ok...
well..sapela yang tak berbulu kan bila orang kasi kacau kita punye kelija...hehehe
tapi simpan jela dalam hati nie...
nak marah nanti kite kena balik...
so kawan2...kerjalah seikhlas hati....
Mr AS memang buat tak peduli je sebab banyak benda penting nak setel aritu...
alhamdulillah berjaya jugak penganjuran hari sukan tu...

Thanks juga kepada Miss Izzy yang jadi emcee pada hari tue...dari mula-mula suara terketar-ketar sampai dah taknak lepas mic tue...hehehe...
Congrats Miss Izzy, you have done well thanks for your cooperation ^_^

Lepas habis sukan pulak, petang jumaat kena pegi kem 1M1S di SMK Lubok China...
cukup 7 hari Mr AS kerja...hehehe
well, kem nie agak best jugak sebab murid and cikgu banyak belajar pasal aktiviti yang boleh dibuat untuk murid yang tak minat sukan...untuk menarik perhatian diorang supaya minat satu2 sukan tue...

balik hari ahad...terus terbaring kepenatan...hehehe...

well...itula kerja Mr AS sepanjang dua minggu tue...penat memang penat...but tuntutan kerja kan..kenala buat...hehehe...

BTW, Mr AS nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri dan Miss Izzy sebab kitorang dah menang giveaway yang kitorang join tue....
dapat photo frame pun jadila kan...hehehe....
alhamdulillah...kalau nak tau lagi boleh baca post Miss Izzy di bawah ok..hehehe...

 ini dia jurulatih-jurulatih masa kem tue...bergambar skali dengan Jurulatih Utama (JU) Negeri...Mr AS takde dlm sbb Mr AS yang amek gambar....hehehehe...cun kan semua baju pink...aaaawwww~~~ :-P



nie kawan tolong snap...hehehe...masa tgh taklimat....hehehe...khusyuk ooo...


ok..itu saja buat masa ini..sehingga di lain post ok...
Assalamualaikum 
^_^

Mr. AS 

# 9 : GA lagi

Do you think this blog will turn into a blog that is full with contests? keep your answer in your mind, because we are trying our rezeki for the second contest!!! hehe.. i (izzy) just find that doing contest is enjoyable and addictive (mentang2 la dh penah menang) =P


this time, cube nasib lagi

please find the banner at the sidebar ===========>

click there of you want to join too..

closing date : 31st of July 2012

#8 : We Won. Alhamdulillah =)

Today is great because.....................................


 we won the ZFCC Giveaway (refer here)..


waaaa, alhamdulillah. syukur sangat- sangat. first time masuk terus dapat. terima kasih Allah for this rezeki.

this time, we will get a homemade frame which i believe, will turn up cute (izzy loves cute things)

click here for more result.

ZFCC still tak umumkan one more winner for the wedding guestbook, tapi tak letakkan harapan tinggi pun. sebab our post tak de bombastic or stand out pun. xpelah.. dapat frame pun bersyukur sangat dah. zaman sekarang ni sape yang nak bagi barang free kan?

thanks ZFCC.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang